HALAL: BUKAN SEKADAR ALTERNATIF

HALAL bukanlah sekadar agenda menyediakan alternatif khusus buat umat Islam. Tetapi ia merupakan satu tanggungjawab yang mesti dipikul bersama oleh semua umat ISLAM. Baik sebagai pengeluar mahupun pengguna, sama-sama memainkan peranan dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ISLAM. HALAL bukan sekadar tanggungjawab pengeluar untuk menyediakan tetapi pengguna juga harus melaksanakan tanggungjawab mencari dan membeli.

Suburnya HALAL dapat memberi kesan yang baik terhadap pembangunan sahsiah diri, pembelajaran yang sihat, ibadah yang khusyuk, hati yang bersih, ekonomi yang kukuh, masyarakat yang harmoni serta mengeratkan persaudaraan. Banyak lagi kebaikannya sepertimana ISLAM itu sendiri adalah UNIVERSAL.

Bersama kita dalam urusan ini !

Pihak kami di Pulau Pinang juga telah memulakan langkah untuk menyediakan produk makanan HALAL buat pengguna di sekitar iaitu:-

1) SNEK RINGAN   –> MARUKU, TEMPEYEK

2) ROTI                       –> ROTI MEXICO, ROTI BUKU, ROTI SARAPAN

3) KEK                         –> KEK BUAH, KEK COKLAT, KEK MINI, KEK MAJLIS RASMI

4) HARIAN               –> TAUHU, FUCUK, BELACAN, KEROPOK LEKOR, BAWANG GORENG, KERISEK

5) MINUMAN          –> SOYA SEGAR, DADIH, YOGURT

Kesemua di atas adalah gabungan produk keluaran kami sendiri beserta produk keluaran saudara ISLAM yang kami kenali. Insya Allah kami berusaha untuk menambah bilangan jenis makanan untuk dihasilkan bagi memenuhi tuntutan pengguna dari semasa ke semasa. Bagi pengeluar makanan HALAL (beragama ISLAM) di luar sana, anda juga boleh war-warkan produk keluaran anda di sini dengan menghantar emel kepada kami beserta gambar dan butir produk anda untuk kami iklankan secara percuma.

SALAM DARI KAMI DI halaltreasure

emel: mfarisi@hotmail.com

One Response to HALAL: BUKAN SEKADAR ALTERNATIF

  1. Bagaimana jika saya mahu pesan dari anda?
    Sila ajarkan tentang cara pesanan, bayaran dan penghantaran..

    saya di lokasi Rawang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s